Sebelum ni mesti pembaca pernah terbaca mengenai entri aku ada impian dekat blog ni. Bermula dari impian nak jadi jutawan tetapi jutawan yang mempunyai makna, kepada impian untuk melancong keseluruh dunia sebab nak menambahkan lagi pengalaman, impian nak mempunyai e-book sendiri (yang mana saya sendiri sedang mencari tips-tips penghasilan e-book yang bagus) sehinggalah impian nak dapatkan sebuah MAC (yang memang sekian lama diidamkan). Agaknya bilalah impian ni semua akan tercapai yer? Usaha yang dicurahkan belum cukup lagi untuk semua tu ker? Hanya masa yang akan merungkaikan segalanya tapi saya akan mengharapkan agar saya akan menangi contest yang dianjurkan oleh Master Arsyad sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu MACBOOK.

 

Apa-apa pun jom lawat blog MasterArsyad dan pelajari teknik pengurusan kewangan efektif dekat blognya tu. Kalau nak tips jual e-book dengan berjaya pun boleh rujuk dekat beliau memandangkan beliau memang pakar dalam penghasilan e-book.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.