Sebenarnya dah nak putus asa dah nak join contest yang dianjurkan oleh MasterArsyad, manakan tidak sebulan kena hasilkan dua entri contest, kena promot lagi dan kena komen dekat entri tu. Memang sukar tapi memandangkan hadiah memang dah best macam tu, agaknya kena teruskan juga contest ni. Lagipun saya ni tak suka buat benda separuh jalan, kena cuba betul-betul kalau tak dapat baru kita berfikir nak tarik diri (tapi tarik diri tu merupakan opsyen yang terakhir tau).

 

Bila baca kembali entri contest tersebut, rasa nak tergelak pun ada, manakan tidak, banyak sangat imipiannya tapi entah kalau kesemua atau salah satu impian tersebut boleh tercapai. Apa-apa pun, kita dah buat yang terbaik sepanjang contest berlangsung, entri pun dah siap diterbitkan dan syukur dapat habiskan kesemua keperluan untuk contest MasterArsyad. Wahai MasterArsyad atau SifuArsyad, sila check kesemua entry dekat blog ni untuk contest tu yer.

 

Harap-harap boleh Berjaya dalam contest yang dianjurkan oleh MasterArsyad dan harap kesemua impian yang telah di catatkan akan menjadi realiti.



If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.