Pernah tak anda mengimpikan sebuah gadget yang benar-benar memenuhi kehendak diri masing-masing? Dengan perkembangan teknologi yang setiap saat berubah, saya yakin semua pernah dambakan gadget yang praktikal dan memudahkan urusan harian. Mungkin ada yang menggunakan gadget untuk membeli barangan secara online, menyemak saman traffic dan membayar saman online, menyemak keputusan kemasukkan IPTA ataupun menyemak keputusan KPLI, memperbaharui passport yang telah tamat tempoh ataupun menonton bola sepak, sepak raga dan macam-macam lagi jenis sepak secara online.

 

Saya sendiri mempunyai sebuah impian untuk memiliki gadget yang ringkas dan membolehkan saya sentiasa berhubung dengan internet untuk melakukan kegiataan seperti membaca berita online, membuat penempahan tiket, berblogging, bersosial melalui facebook dan twitter dan macam–macam lagi. Baru-baru ni Apple iPhone4s baru dilancarkan dengan ciri-ciri yang terkini, siap dengan aplikasi system pembantu berasaskan suara yang dikenali sebagai Siri. Lagi berkobar-kobar diri tu nak memiliki benda tu kan.

Gadget impian
iPhone gadget idaman

 

Namun, nak dapatkan benda seperti ini dan gadget yang sentiasa update bukanlah semudah macam tu jer kerana ia melibatkan kos yang banyak dan memerlukan seseorang untuk berjimat hanya untuk memiliki benda tu (Ikat perut kuat-kuat, hujung bulan slimlah perut tu). Kalau setiap bulan keluar gadget terbaru dipasaran dan kita nak, alamatnya memang kering mesin ATM tu.

Contest gadget impian
Contest gadget impian anjuran Denaihati

 

Tapi ada berita baik untuk semua rakan-rakan yang dambakan dan inginkan gadget terbaru dipasaran seperti Apple iPhone 4s, iPad 2 dan macam-macam lagi. Denaihati (salah satu daripada top blogger di Malaysia) dengan tagline beliau “Hidupkan untuk memberi”,  telah mengumumkan contest Gadget Impian yang bermatlamat untuk membantu Rakan Blogger untuk memilik Gadget Impian masing-masing. Ha, kalau dah keluar pengumuman macam tu, saya sendiri pun berhasrat untuk menyertai contest Gadget Impian ni, manatahu tuah kita kan (Saya duduk tunggu durian jatuh pun tak juga pandai jatuh-jatuh).Tak menang pun tak apa, janji contest Gadget Impian ni meriah. Jom ramai-ramai terjah blog Denaihati.


 “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.