Kak min oh kak min.. ni ada orang tengah cari alamat rumah kak min ni..

Rupanya ada juga yang mencari alamat rumah cikmin dekat blog ni yer, tapi saya memang tak pernah sampai lagi rumah cikmin. Kalau kira jarak, memang jauh sangat.. manakan tidak saya ni duduk dekat Sabah, kak min pulak duduk dekat semenanjung. Paling tidak pun tahu nombor kak min jer sebab hari tu kak min pernah call mengenai order macaron saya tu..

Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau nak tahu, macaron kak min ni memang merbeles sangat, tak caya? Tengok post macaron yang pernah saya buat tika dulu.. Bukan sekotak tapi 2 kotak macaron tu diimport khas dari rumah cikmin tau. Tak caya? Kenalah order dekat kak min dan rasainya sendiri, sodap hingga menjilat kuku. Cuba kawtim dengan kak min pulak tengok kalau dia boleh share resepi macaron yang marbeles ni. Tapi kalau share dekat saya resepi macaron ker resepi macaroni pun tak guna juga, bukannya masuk dalam dapur sangat.. masuk dalam dapur pun setakat masak maggi, masak air panas..

Tapi bagi sesiapa yang ingin resepi atau nak tahu cara-cara membuat macaron ni, cuba usha blog kak Nuriz ni, ada jer cara-cara membuat macaron, siap ada video tutorial macaron lagi tu.

Apa-apa pun, kalau nak alamat cikmin, cuba Tanya sendiri dekat kak min. Ada jer ruangan contact dekat blog kak min tu. Jangan risau, kak min tak makan orang punya. Bagi sesiapa yang tak tahu apa tu macaron, tengoklah gambar berikut:

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.