Tidak seperti entri sebelum yang lebih mengetengahkan lagu dan artis antarabangsa, entri kali ni lebih berbeza sedikit sebab saya ingin memperkenalkan ‘produk’ dari negeri di Bawah Bayu. Sebenarnya agak banyak juga lagu yang dihasilkan oleh artis-artis negeri Sabah dan Sarawak tapi agaknya cuma tak dipromosikan sehingga ke tahap yang lebih tinggi.
Berikut merupakan lagu dari Negeri dibawah bayu yang agak popular buat masa kini.
Tajuk Lagu: Sayang Gunung Kinabalu
Artis: Kimin Mudin
Tajuk Lagu: Silik silik do mato nu
Artis: Abu Bakar Ellah dan Clarice John Matha
Tajuk Lagu: Main tapuk-tapuk
Artis: E Elmar
Tajuk Lagu: Macam di KK
Artis: Janrywine J Lusin
Tajuk Lagu: Anak Kampung
Artis: Jimmy Palikat
Antara kesemua lagu diatas, lagu Anak kampung oleh Jimmy Palikat (iaitu abang kepada Nikki Palikat) jadi pujaan di hati. Agaknya ramai juga minat lagu ni sampaikan banyak sangat versi dekat luar tu. Tak percaya? tengok dekat youtube mesti jumpa lagu Anak kampung versi Kelantan, tak pun versi Nubhan AF. Apa-apa pun, moga artis-artis tempatan dapat hasilkan lebih banyak lagu yang berkualiti dan yang penting lagu aramati!
Video kredit kepada: lagu2sabah dan 5511136








Saya pernah tinggal bersama komuniti orang-orang Sungai di Kg Botition Beluran. dari situ saya mula mengenali beberapa buah lagu popular di Sabah.. yang paling saya ingat…Lagu Jambatan Tamparuli…kalau ada lagu itu..silalah upload ye… terima kasih
Sabar peminat.. akan diusahakan kelak.. terima kasih hdn952
aku memang suka lagu dari sabah nih. sejak belajar kat UMS dulu..memang layan lagu dia. hehe..
Aik, titan UMS tahun berapa? kampus KK atau Labuan?
dengar la din bisa… mmg popular di sana
Betul.. tapi memang jarang layan lagu Den Bisa
kawan aku rajin dengar lagu2 macam ni.siap rekod suara dia lagi tu.hehe
Haha.. versi cover dorang sendiri.. lagi best kalau dengar orang lain nyanyi lagu orang lain.
hahhaaa..suka semua lagu lagu di atas..boleh buat badan goyang2..hahaa
uniknya bahasa orang sabah. main tapuk-tapuk bantal bahhh haha
Rojak boleh faham juga ker lirik tu?
alalala tu lagu anak kampung banyak juga versi dia jooo … hahaha yang paling best dangar versi orang kaya … hehehe
Haha.. versi sumandak tu kan
lagu anak kampung memang best,
terus aku letak di wall FB sebab best, thanks SJ
Haha.. lagu santai.. lirik pun bermakna kan..
lagu anak kampung best jugak n enjoy
Haha..lirik dia tu tak tahan..tapi ada juga betul.
Wahh ! best juga lagu2 ni … tapi sia siok dingar tu lagu ‘macam d KK’ best butulll bah ..
Aik, kau ndak pernah dengar ni lagu ka? Pemes kama sekarang ni