Betul ker ni rombongan cikmin datang ke rumah? dari Bentong tu boleh sampai ke Kota Kinabalu (jauh tu, jangan main-main)? Wa, memang bertuah la kak min ni mai dekat sini. Tapi kenapa nak bawa rombongan? haa….usah biarkan hidup anda diselubungi misteri. Tak percaya ker rombongan cik min datang ke rumah ni? Jom layan gambar dekat bawah ni:
Oh.. kalau pasal skandal-skandal blogger ni tak nak lepaskan peluang nak membaca yer. Ini sebenarnya “rombongan” yang datang ke rumah petang tadi. Dari bentong rombongan tu, bukannya dekat sangat.
Tengok betul-betul, siap hand carry lagi tau (jangan memain, memang barang berharga nih).
Siap ada kotak cantik lagi tu (Terima Kasih kak min).
Tu dia barang yang berharga tu.. Dekat sabah rasanya belum ada lagi benda nih.
Yang penting sticker kak min tu. Nombor telefon cikmin (apatah lagi alamat rumah cikmin) terpaksa dikaburkan yer. Kalau nak benda ni, kena la hubungi kak min sendiri.
Ini dia Macaron yang ditunggu-tunggu sejak dari dulu (Mak jangan jeles-jeles tau, macaron yang sampai ni lagi marbeles.. haha).
Dalam pelbagai bentuk dan pelbagai perisa. Memang sedap sangat
Tekak memang mula mengidamkan benda ni sejak kak min publish entri pasal macaron, siap termimpi-mimpi lagi macaron tu (histeria betul). Gigi ni memang tak sabar-sabar lagi mengunyah macaron tu tau. Nasib baik la benda tu sampai petang tadi, boleh ler tidur lena malam ni.
Jangan terkonpius benda ni dengan macaroni sebab dua-dua benda ni memang berlainan sangat. Dari rupa pun memang dah sah Macaron dengan Macaroni ni bukan kembar siam pun. Dekat gambar nampak memang sedap dan realitinya macaron ni memang sedap dan mengiurkan (sodap hingga menjilat kaki.. hehe). Tak percaya? sila scroll dekat atas dan lihat gambar-gambar tu.. Belum sempat gambar diambil, dah hampir separuh benda tu di ngap. Setiap warna mempunyai rasa yang berbeza, jadi setiap gigitan drakula tu menghasilkan suasana yang romantik (dah mula merapu la tu). Kalau tak silap ada rasa coklat, vanila, strawberry, kacang dan yang terakhir tu Dulce de Leche (Ha, yang terakhir tu kena sebut betul-betul, kalau tak dapat sebut juga, kena potong lidah tu jadi empat bagi memudahkan sebutan.. hehe).
Kata mak si lagenda mahsuri tu benda ni agak manis sedikit, tapi bagi saya manis tak jadi masalah sangat sebab saya memang suka benda manis pun, mungkin sebab tu la mulut saya ni pun manis jer, hahaha (gurau jer tu). Tapi nak makan ni rasanya lagi sedap kalau dibiarkan “terperap” dekat peti sejuk tu, bagi dia sejuk sedikit.. Baru ada feel makan makanan ala-ala Perancis..
Nampaknya lepas ni tak payah lagi nak turun dekat KL kalau nak cari benda ni, order jer dekat kak min pun dah cukup. Harga yang ditawarkan pun bukannya mahal sangat, RM1.80 untuk seketul dan minima 25 ketul dalam satu kotak yang ditempah khas dari perancis.
Apa-apa pun, terima kasih untuk Macarontu kak min, nampaknya sampai juga dengan selamat dan berkeadaan yang baik. Yang penting pelanggan pertama dari Sabah.. hehe














apa ini john?.. saya ingat dia mau meminang kau haha..
Tidak la.. makanan ba tu
sampai dah macarons jerry huhu jeles jugak nih haha
Ha kak Nuriz, kena segera order tu.. hehe
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
x mungkin jeric pun dah membaham mac cikmin..ish2…nikan org sabah boleh mkn..apatah lg org penang..
sabo2 el..nti giliran ko pulak
biar ku setel dulu brg nak beranak ni dulu…tungguuuuuuuuu hehehehe
mn paling sedap jeric?
Ehem ehem.. sila jangan jeles El.. hahaha
sedapnyer, resipi ader x, hehe
Tu kena minta kak min resepi tu wan.. hehe
jangan buat ellen jeles….hahhaaa….tak pa, ellen tak makan ler benda cam ni tapi akan oder gak kelak untuk anak hensom ellen tu..miahahhaa , atau tak pun akan ke bentong..kan kan cikmin..hehe
sila jeles cpt2 ellen. mai bentong mkn macaron ni. Sebab, pasni, jerry dah x leh jeleskan ellen lg sbb ellen pun dah pernah makan!
Tak pe, cari makanan lain pulak lepas ni.. yang memang jarang dekat Malaysia
menunggu ellen mencemar duli ke teratak cikmin…
bilakah agaknya…
Bah Apa lagi Ellen… hehe
pic2 kau semua ni kan jerry, membuatkan mak terbakar nak pi menjemput lagi la macaron ni kat bentong!!!
Cikminnnnnnnn…kasik order macaron ni 2 box complete set kotak n sticker yek! Hiks..
your order under waiting list…kahkahkakah…
Jangan kak min berani bagi dia kotak special tu….
kotak tu dah takde kat pasaran…
mmg khas tuk jerry je lah… :p
Hahha..
Hah.. mak, sila la order lagi.. jangan lupa ambil picture bebanyak..
dia dah oder…2 box dan RV tu..sabtu ni ambil..tak boleh tahan dia…
Kali ni berhabisan la mak ambil foto benda tu.. nak jeleskan orang ni…
huaaaaaa..apsal la mak x dpt sticker dan kotak sepesel mcm jerry ni cikmin???
Sentap tau..
alooooo…kotak tu sebab nak naik kapal terbang…
by hand nak kotak mendanya..
ku tak kirak!! Ku nak jugak! ku nak jugak! ku nak jugakkkkkkkkk…
Haha.. dekat nilai 3 mak cari ada jer tu.. tapi tak dapat kalahkan kotak kak min bagi tu.. tebal sangat… jan jeles.
muahahaha…mak sentap tuh
waahhhhhh….. macawrong cikmin sudah tembusi pasaran sabah bah….
Tu la pasal.. lepas ni Pasaran negara seberang pulak.
Hand Carry tu penting…..
Jangan jeles.. sticker tu disimpan baik2 tu tau…
GDEX harga agak mahal tapi berbaloi lah kalau barang sampai elok macam tu..yang Sarawak tu pun dah sampai kat Mukah..tapi mereka takde servis ke Balingian pulak..so esok baru org balingian tu amik kat Mukah by the way…kotaks tu under me..so simpan bebaik eh..buat kenang kenangan..sebab jerry customer pertama dari luar..
thanks for the noce entri…
p.s yang penting entri jerry ni BUKAN tajaan dari cikmin kan…
Ler.. lupa letak dekat atas post tu macam ni : “Advertorial post sponsored by cikmin.com”
Alhamdulillah…syukurrrrrr…jerry terima dengan baik sekali macs tu semuanya..kakmin nervous sangat tau..ingatkan esok sampai..rupanya laju betul GDEX ni..masa terima tu terus ngap ke atau masuk peti es dulu? sedap kan jerry? dah habis ke ada lagi tu? ntah2 sorok bawah bantal…hahaha..
Haha.. perkhidmatan GDEX biasanya memang laju kak min. Ngap bukan sebarang ngap, kena ngap kesemua warna tu sebab nak rasa satu persatu.. dah habis sekotak pun, yang satu tu tinggal lagi separuh dan nak hold sampai esok.. (sorokkan sedikit dekat celah2 peti ais tu) haha
rasanya Dulce de leche tu kakmin tak letak banyak..takut ada masalah…tapi jerry makan okeh tak?
OK jer tu kak min.. tiada masalah sangat.. hehe