Cuba hidu betul-betul, ada bau kedai lowyat ker dekat sini?… kalau tak dapat hidu mesti kena periksa hidung tu dekat klinik ENT (Ear, Nose and Throat). Beberapa minggu lepas, bau-bau kedai lowyat melekat dekat blog kak Yanmie.. tak caya? sila singgah dekat blog kak Yanmie. Hari ni pula bau-bauan tersebut melekat dekat blog stewardjohn.com. Apa sebenarnya bau yang dimaksudkan tu? Jom terjah….

Bukan bau Macaron ek… sejak kebelakangan ni macaron sangat hangat diperkatakan dekat mana-mana blog sehingga ada yang mencari-cari resepi ringkas nak buat macaron.

Sebenarnya bau tersebut merupakan bau yang datangnya dari blog denaihati. Sebelum ni saya pernah buat entri mengenai blog ni telah dinobatkan sebagai  pemenang top commentator bagi tahun 2010 dan hadiahnya seunit Netbook Acer Aspire One. Tunggu punya tunggu akhirnya benda tu dah sampai dekat tangan.

Hijau itu menawan. Acer Aspire One Happy dengan saiz menyamai saiz kertas B5, dilengkapi dengan 2GB DDR3 RAM dan dikuasai oleh Intel Atom 1.5GHz

Hadiah tersebut telah disampaikan oleh  Bro Amin dekat hotel Promenade Kota Kinabalu malam semalam. Saya difahamkan beliau dalam perjalanan ke Jakarta dari Manila, Filipina.. Kira beliau transit sekejap dekat Kota Kinabalu semata-mata untuk menyerahkan hadiah tersebut (Hadiah saya tu bukan takat ada bau dari kedai lowyat, tapi siap ada bau dari Manila lagi tu.. haha). Memang peramah sangat Bro Amin ni.. sempat menghabiskan masa beberapa minit bercerita pasal benda-benda bisnes (ambil aura bisnes sekejap). Salah sorang blogger dari Sabah juga ada pada malam tersebut, memang selalu chatting dengan beliau tapi baru semalam berkesempatan untuk berjumpa dengan beliau (Lepas ni lepak-lepak kita bos).

Ingat nak lepak lama-lama dengan dorang, tapi kebetulan terpaksa ke rumah kazen pula lepas tu sebab dia nak sambung study dekat semenanjung. Tak pe, lepas ni kalau berkesempatan, boleh lepak lagi.

Charger, tetikus, Notebook cleaning cloth dengan buku panduan netbook melengkapkan lagi pakej hadiah tersebut..

Susunatur papan kekunci netbok yang begitu padat dan sesuai untuk aktiviti berblogging. Lepas ni nak guna netbook tersebut untuk tujuan berblogging. Manatahu rezeki tahun arnab ni boleh jana pendapatan 10k sebulan pulak.. hehe

Ha… laman web pertama yang diterjah dengan Netbook ni tak lain dan tak bukan, laman web denaihati (penganjur contest tersebut)

Kalau nak tips mengenai blogging terutamanya SEO, Pagerank atau jana pendapatan secara online, cubalah terjah blog denaihati sebab saya sendiri dapat banyak pengetahuan dari blog beliau dan blog ni juga mendapat banyak manfaat dari blog beliau. Pagerank meningkat pun hasil daripada ilmu dari blog beliau.

Apa-apa pun terima kasih kepada denaihati atas peluang yang diberikan dan kepada Alansarproperties.com, www.xztly.comAnisha Online MalleQurban.comiks1Malaysia dan Kulanzsalleh.com kerana sudi menyumbang selama contest tersebut berlangsung.

Bagi mereka yang ingin mencuba nasib tahun ni, boleh terjah blog MA pulak. Manatahu boleh dapat Macbook dan Nokia N8 hujung tahun ni.

Bersiaran dengan Netbook Acer Aspire One happy yang berwarna hijau.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.