Peminat yang telah lama menantikan kemunculan iPhone 5 dipasaran mungkin akan berasa kecewa disebabkan iPhone 4S yang akan dilancarkan bagi menggantikan iPhone4. Menurut denaihati, pengumuman iPhone 4S oleh CEO Apple, Tim Cook menyebabkan saham Apple jatuh 5%. Jumlah agak sedikit tapi memang besar bagi syarikat gergasi macam tu.

iPhone 4S akan menggunakan teknologi pemprosesan yang digunakan pada iPad iaitu A5 processor bagi memastikan prestasi iPhone 4S yang lebih baik berbanding dengan versi sebelumnya, dan bakal dilancarkan di Amerika, Kanada, Australia, UK, Perancis, German dan Jepun pada October 14. Bagi peminat di Asia pula, iPhone 4S akan dilancarkan di Singapura pada 28 October. Bagi sesiapa yang telah lama menanti kemunculan gadget baru dari Apple, silalah tempah tiket kapal terbang ke Singapura dan jadi orang yang pertama untuk memiliki gadget tersebut.

Di antara ciri-ciri iPhone4S termasuklah:

  • Kamera 8 megapixel (60% lebih daripada keupayaan iPhone4) dengan lensa yang baru dan berkeupayaan untuk merakam 1080p HD video.
  • Sistem pintar bantuan; SIRI yang akan bertindak sebagai pembantu dan menyokong sistem arahan bersuara. Dengan sistem SIRI, anda boleh menghantar SMS dengan hanya menggunakan arahan suara.
  • Dua sistem antena automatik untuk menghantar dan menerima data, bagi memastikan setiap panggilan telefon  terbaik.
  • Dual-core A5 chip bagi memastikan 2x daripada keupayaan sebelumnya dan 7x prestasi grafik.
  • Batteri yang tahan lama.
  • Sistem Operasi yang baru; iOS5.
Lihat video demo sistem pintar yang akan digunakan di iPone4S.

Mengenai harga pula, iPhone4S bakal dijual pada harga USD199 (16GB), USD299 (32GB), USD399 (64GB). Apa-apa pun, jom layan video iPhone 4S dekat bawah ni.

Kenapalah harga iPhone dekat US tu jauh murah sangat. Bayangkan RM199 tu boleh beli handphone apa dekat Malaysia? Nampak gayanya, Malaysia perlu hasilkan gadget yang hebat seperti iPhone, dekat sini kita jual RM199 untuk rakyat, dan USD2,000 bagi pasaran luar negara. Entah dorang nak ker beli gadget dengan harga seperti itu? Yer la, kita berhabisan ikat perut sebulan dua, dorang pula USD199 tu budak kecil pun boleh beli.

Kalaulah iPhone4S dah canggih macam ni, bagaimana pula agaknya iPhone5 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi? Sama-sama kita tunggu kemunculan dan pelancaran iPhone5 dipasaran.

If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.