Ini bukan gurauan tapi memang benar. Bukan seperti entri sebelum ni (Tapi kalau menang benda tu memang best.. Rezeki tahun 2011). Baru-baru ni telah diumumkan keputusan penuh bagi pertandingan yang telah berlangsung selama setahun di Denaihati. Masih tak percaya ker? tak pe, meh singgah dekat blog Denaihati untuk kepastiannya.
Keputusan penuh Pengomen terbanyak tahun 2010
Macam mana? dah percaya ker saya menang? Walaupun diumukan sebagai pengomen terbanyak tapi jumlah komen saya sendiri pun tak tahu. Mungkin ratusan? ribuan atau puluh ribu? Itu kena tanya dengan pengajur contest tu. Tapi saya rasakan Page Rank saya ni naik pun sebab rajin sangat mengomen dekat blog Denaihati .
Bestnya boleh dapat Acer Aspire One ni
Dah terbayang-bayang dekat kepala ni Acer Aspire One tu (Tak sabar sampai dekat tangan nih).. Nampaknya proses berblogging akan menjadi lagi mudah dengan adanya benda ni.. Yer la, satu untuk kerja harian dan satu khas untuk berblogging sahaja. Tak la berserabut laptop tu, jiwa pun tenang jer. Tapi tak akan menduakan laptop lama pulak, cuma berkongsi kaseh sayang tu dengan Acer Aspire One tu (Boleh ker macam tu).

Putih tu nampak cantik kan..
Mengimbau kembali pertandingan tersebut, pada awal bulannya saya menag rasa nak drop jer daripada pertandingan tu. Yer la, sudah pun pertandingan tersebut akan berlangsung selama setahun, persaingan pun memang hebat sangat…. Nasib baikk jiwa saya ni kental sikit. Saya ingat bulan pertama tu dah kalah, tapi tak sangka pulak dinobatkan sebagai pengomen terbanyak bagi bulan tu.. Memang dekat jer jumlah komen antara peserta lain. Bulan berikutnya persaingan bertambah lagi hebat, sampai kepala pun kalut nak mengomen. Idea-idea memang kering kontang macam kena kemarau setahun. Melihatkan peserta lain beromen mengomen dan beramas-ramas bermesra dengan pengomen lain dekat setiap entri tu, membuka jiwa saya untuk berbuat perkara yang sama. Kena la tebalkan sedikit muka tu dengan pasir 10 inci. Rasanya saya dengan peserta lain macam dah berkhemah dekat blog Denaihati tu.. Moga bro Denaihati tak marah kami yang telah menapakkan khemah secara haram dekat blog bro. Mungkin ada sisa-sisa makanan kami lagi dekat tapak bro Denaihati tu tau.
Petandingan bertambah rancak dengan kemasukkan beberapa peserta dari Indonesia.. dorang ni memang hebat sangat, kejar mengejar macam dalam filem hindustan pulak. Saya ni apa lagi, ikut serta juga mengejar macam kambing ketinggalan di padang pasir. Memang susah sangat nak kejar dorang ni, jari jemari ni hampir nak masuk ICU, kebas sangat. Kaki-kaki ni pun aktif sangat bergoyang semata-mata nak mengejar dorang (yer la, tak dibagi poco-poco selama setahun, meronta-ronta la ia). Kalau ngak percaya, harus dilihat aja senarai tu, tempat kedua dan ketiga tu masing-masing disandang oleh peserta dari Indonesia.. Jauh datang tu dong, namun usahanya memang setimpal yah..
Sepanjang perjalanan pertandingan ini juga, rasanya saya bertemu dengan banyak blogger dan kami saling menyokong antara satu dengan lain. Biar pun pesaing tapi rasanya kami ni memang kawan yang dah kenal lama. Pernah satu ketika saya rasa memang down sekali lepas membaca beberapa komen yang ditinggalkan oleh pengunjung dekat blog Denaihati yang ternyata memang pedih sekali untuk dibaca, tapi teman saya dari Indonesia tu (Kamu tahu yah siapa kamu..) sentiasa menyokong saya dan menasihatkan agar saya tidak putus asa dan tidak mengambil keputusan untuk berhenti dari pertandingan tu. Dia tahu saya ni memang saingannya tapi masih dia menyokong saya.. Rasanya saya tidak akan menemukan benda seperti ni dekat pertandingan lain. Kalau sudah saingannya, memang dia harap pesaingnya tu berhenti. Rasanya itu yang bermakna dan saya temui sepanjang pertandingan tersebut.
Kepada Saudara Denaihati, terima kasih kerana menerima kami di blog saudara dan sentiasa bersabar dengan karenah kami.. Rasanya memang lawak juga kalau diingatkan kembali benda tu. Ingin juga saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada Alansarproperties.com, www.xztly.com, Anisha Online Mall, eQurban.com, iks1Malaysia, smartgold.biz dan Kulanzsalleh.com kerana penyumbang hadiah sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.
Dikesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada temen-temen ‘seperjuangan” yang menerima saya dan sentiasa menyokong saya dari belakang . Tanpa temen, rasanya saya tidak akan dapat menang. Terima Kasih








persahabatan adalah segalanya bro,.. dan saya temukan nuansa persahabatan yang lain dalam dunia blogging.
Andalah yang terbaik dan pantas untuk itu.
tahniah untuk Bro steward…. saya banyak belajar dari anda. Terima kasih.
tahniah. kita jumpa di blog MA pula. tgh kejar top komentor ni.
Tahniah la bro. Baru la boleh dikatakan blogger tegar. Lepas ni semakin banyak la entri utk blog bro ye..
Ingat nak buat macam tu juga.. lagi2 rasa dah nak guna fully Malay blog ni.. haha
wah, steward x mau buat contest mcm tu ker kat kami, hehehe
Kalau contest lain mungkin boleh difikirkan nanti.. Tapi hadiah tu rasanya tak la segempaq macam ni
tumpangkan ucapkan tahniah , sayapun tahu sedikit banyak perkara tuh tapi memang dia adalah pemberi semangat yang baik sayapun sebenarnya nak mundur beberapa waktu yang lalu, semoga akan terus demikian adanya saling bertegur sapa dan bertukar ilmu
Terima Kasih Bro Munir
tahniah!
Terima Kasih Rie.. Rezeki Tahun baru..
congrats jericho!!! now your semangat blogging has gone up eh…
Thanks bos.. and you are right about that.. Now I can use the Netbook for blogging purposes only..
tahniah bro..
Terima Kasih bro
wahh ni betol2 le bukan cobaan hehe..tahniah..patutla duk nampak nama jerry je dalam komen di denai hati tu ..berbaloi baloi
Terima Kasih Nuriz.. Rupanya Nuriz pun selalu turun dekat Blog Denaihati.. hehe
wahhh..tahniah!!!
D
bestnye~
Terima Kasih Shada…. Kalau ada contest lagi, boleh ler Shada join sekali.. manatahu rezeki tahun ni kan
@Bella: Terima Kasih Bella
wahhh!!!bes gile…tahniah!!
Tahniah kerana menang.
Memang susah nak lawan komen tuan ni. Pengomen blog denaihati tahap gaban. Hahahahaha….
Blog ni memang patut dapat Pagerank dari dulu lagi, cuma Google lambat update Pagerank.
@Sabahan blogger.. TQ SQ.. kau ka ni bel?
wah ging!tahniah2!hihi
best btol hadiah kamu nie!
btw..sori..tenet slow nie..nda dpt tgl msg di smix..
sa mls2 sdh nie..
btw..doakan sa ah..sa ada interview 23feb nie..
utk jd lect e-commerce nie..haha..
lucu nie..wish me luck tau!
@Tie: Thank You Tie.. Rezeki tahun baru.. haha. Univ mana kau interview? mesti kau boleh dapat tu.. confident jak
wah..tahniah jerry…top referer siapa? yanmionline ke?
@Kak Min: Terima Kasih Kak Min.. belu keluar lagi keputusan top referral.. mungkin Kak Yan tu.. hehe
wah tahniah best nyer..
@Puanbee: Terima Kasih
@Eryati: Terima Kasih Eryati.. Kalau Eryati masuk pertandingan tu, memang saya nih kalah.. hehe
sy mo mengejar tp nda terkeja..hikhik..apapun..tahniah SJ…
tahniah jerry..memang kalo bab mengomen..ko lah paling hebat..sa salute ni..hehe
@Ellen: Thank You Ellen.. cheh, kampung2 ja ba tu.. nasib tiada yang hebat2 pigi join, kalau tidak memang terduduk sia