Merayau-rayau dekat youtube tadi baru sedar youtube dah bertukar wajah. Memang agak stylish sikit frontpage web tu tapi tak pasti samada benda ni kekal ataupun baru dalam fasa percubaan. Bagi mereka yang tak pernah tahu pasal benda ni, youtube merupakan ‘tapak’ yang membolehkan pengguna berkongsi video dengan pengguna lain sehinggakan benda ni jadi suatu fenomena. Tak percaya? ramai jer artis barat tu dicungkil bakatnya melalui Youtube terutamanya penyanyi kegilaan remaja masa kita: Justin Bieber, Charice Pempengco dan Greyson Chance.
.
Bagi saya, ciri yang menyerlah dekat antaramuka baru ni ialah penggunaan tab yang menggumpulkan 4 kategori utama, Video dari youtube (From youtube), Video yang dicari ketika ini (Trending), Video yang popular (Popular video) dan juga Koleksi Muzik Video (Music). Agaknya bagaimana trending Malaysia buat masa ini? Kalau dekat blog ni, biasanya trending lebih kepada top blogger Malaysia, top twitterer di Malaysia, ranking universiti dan kolej di Malaysia dan paderi melayu dari singapura.
Apa-apa pun, youtube ni memang banyak sangat faedahnya kalau digunakan secara baik terutamanya untuk pendidikan, jadi jangan salah gunakan benda ni. Kepada pihak youtube, tahniah dengan penampilan yang lebih cool dan menarik.












berubah kepada lebih simple dan kemas..
bukan je youtube berubah wajah,google pun sama..dashboard2 kempen iklan pun habis bertukar wajah..hehe
memang sangat berguna bila cari untuk pendidikan, kebanyakan bahan pengajaran pon aku selitkan video yg aku kutip dari Youtube,
lawa juga, agak selesa menggunakan
Tapi belum official lagi tu bro.. kejap dia tukar, kejap theme lama yang dipakai.. mungkin masih dalam versi percubaan lagi
yay…okey juga…ada mikap suda utube ni..
Makeup ah… hahaha
Wah ! lebih cun suda Utube tu kan … tatapi sia jarang2 tinguk sana … macam mana suda ko punya poin gang di gadget impian … agak2 buli manangkah kau
Payah o… yang lain sudah beribu2 lemon ni.. malas la sudah