Diet hari pertama (Day 1)

Diet hari pertama (Day 1)

Hari ni merupakan hari pertama saya mencuba untuk mengawal pemakanan. Bila sebut pasal “mengawal pemakanan”, tidak semestinya kita mencuba untuk menghindari segala jenis makanan. Tetapi kita cuba untuk memilih makanan yang  sesuai untuk di makan. Berat permulaan 84.83KG

 

Berat Terkini: 84.83kg
Tekanan Darah:
104/70
Kadar denyutan Jantung: 99/min

 

 

Sarapan Pagi

Hari pertama sepatutnya meriah dengan makanan yang “grand”, tapi memandangkan kita nak cepat sangat, jadi hari ni sarapan pagi cuma 2 biji telur rebus. Saya terpaksa bubuh sedikit kicap sebagai perasa sebab tekak ni memilih sangat kalau nak makan benda rebus-rebus ni.

 

Makanan Tenghari

Hari ni sempat untuk rebus telur dan menyediakan menu seperti di bawah. Makanan tengahari, simple sahaja, sayur kailan dengan sayur kubis masak dengan secubit perencah secukup rasa dengan hirisan ham ayam. Nak kata benda ni mengenyangkan, tak juga, mungkin dah biasa dengan nasi dan lauk lain sebelum ni kan. Namun, demi untuk kesihatan, kita paksa ja telan semuanya.

Makan Malam

Menu untuk makan malam pula simple sangat. cuma ayam goreng dua ketul dan juga beberapa biji fishball. Benda dah terhidang dekat dapur, kita makan ja. Lagipun hari memang penat dan mengantuk sangat dan tak ada selera nak makan.

 

Untuk hari pertama, memang rasa bagai nak pitam sikit mungkin badan ni terkejut apabila makanan yang lazim dimakan setiap hari, telah diubah sedikit. Nasihat saya, sila kurangkan aktiviti berat pada hari pertama dan banyakkan meminum air masak.

 

Senaman

Tiada

Related articles

You may also be interested in

Headline

Never Miss A Story

Get our Weekly recap with the latest news, articles and resources.
Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.