Diet hari ke-2 (Day 2)

Diet hari ke-2 (Day 2)

Hari kedua dalam program penurunan berat badan. Bangun dengan rasa agak lemas sedikit, mungkin juga sebab kekurangan zat atau kekurangan makanan secara tiba-tiba. Berat badan berkurangan sedikit tetapi tetap bersyukur daripada tiada pengurangan. Berat hari ni 84.67KG

 

Berat Terkini: 84.67kg
Tekanan Darah:
103/67
Kadar denyutan Jantung: 71/min

 

 

Sarapan Pagi

Seperti hari pertama, sarapan hari ni hanyalah dua biji telur rebus dengan sedikit kicap sebagai perasa. Walaupun tidak digalakkan sebab kandungan garam dalam kicap tu sendiri, tapi buat sementara saya cuba untuk menyesuaikan diri sebeb telur rebus bukan la makanan kegemaran.

 

 

Makan Tengahari

Memandangkan hari ni saya terlewat bangun dan tidak sempat untuk menyediakan makanan tengahari, maka saya terpaksa mencari kedai yang menghidangkan salad. Biarpun ada beberapa benda yang tidak dibenarkan makan untuk fasa ini, tetapi rasanya untuk “cheat” sedikit, bukan masalah sangat. Kita pun sedang menyesuaikan diri dengan diet seperti ni (Bagi yang mempunyai masalah gout, sila hindarkan daripada mengambil sebarang tomato atau pun sos tomato).

 

Makan Malam

Makan malam hari ni sup laksa dengan daging ayam dan telur rebus. Kita bungkus ja dari restoran berdekatan dengan tempat kerja. Kadang-kadang terpaksa juga melayan kehendak perut, cuma kita kena kurangkan benda karbohidrat seperti mee atau nasi.

 

Snek

Memandangkan sup laksa tadi tidak mengenyangkan, maka terpaksa makan seketul ayam dan juga beberapa biji fishball (tetap harus diingat bahawa fishball tidak dibenarkan memandangkan ianya berasakan tepung dan misi kita untuk mengurangkan karbohidrat dalam makanan).

 

Untuk mengelakkan daripada sembelit, saya mengambil minuman fiber selang beberapa hari. Tak kisah apa jenama fiber sekalipun yang penting kita minum. Jangan lupa untuk minum air yang banyak selepas minum fiber ok.

 

Hari kedua masih seperti hari yang pertama dan badan agak lemas dan lemah. Walaupun begitu, jangan lupa untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak. Ada yang berpendapat jumlah air yang sesuai ialah 1 liter air pada setiap 25kg dari berat badan. Tapi bagi saya, 2 hingga 4 liter sehari sudah mencukupi. Yang penting bibir tak kering.

 

Senaman

Tiada

Related articles

You may also be interested in

Headline

Never Miss A Story

Get our Weekly recap with the latest news, articles and resources.
Cookie policy
We use our own and third party cookies to allow us to understand how the site is used and to support our marketing campaigns.