Hari keempat dalam program penurunan berat badan. Seperti biasa, badan masih rasa lemas sedikit cuma sedikit peningkatan berbanding dengan hari sebelumnya. Berat hari ni 82.95KG
Berat Terkini: 82.95kg
Tekanan Darah: 90/60
Kadar denyutan Jantung: 77/min
Sarapan Pagi
Seperti hari sebelumnya, sarapan hari ni telur rebus.
Makan Tengahari
Untuk makan tengahari, sayur kubis + bawang putih dan juga telur goreng + cebisan ham ayam. Makanan tengahari agak mengenyangkan juga mungkin sebab dah terbiasa dengan kuantiti makanan yang sedikit.
Makan Malam
Makan malam hari ni cuma seketul ayam goreng KFC (mengidam sangat nak makan ayam goreng, seketul pun jadi la).
Malam ni kita minum fiber untuk melancarkan lagi proses penghadaman dalam perut.
Senaman
Tiada