Lengkap seminggu dalam program penurunan berat badan. Hari ni bangun agak lambat sedikit memandang hujung minggu. Sarapan memang kita skip sebab bangun pun dah dekat jam 11 pagi. Berat hari ni ada sedikit penurunan dari semalam iaitu 83.07KG. Walaupun pun ada sedikit penurunan tetapi jangkaan
Berat Terkini: 83.07kg
Tekanan Darah: 95/63
Kadar denyutan Jantung: 78/min
Sarapan Pagi
Tiada
Makan Tengahari
Memandangkan hari ni sambutan hari Bapa, jadi kami sekeluarga keluar untuk merayakan di restoran berdekatan. Menu hari ni, Nasi Ala Kampung (Nasi tu kita cuma makan suku), ayam goreng dengan chicken popcorn. Kita masih cuba kurangkan pengambilan karbohidrat.
Makan Malam
Makan malam hari telur goreng dengan sedikit sos cili dan juga ayam masak kicap.
Hari ketujuh, pengambilan makanan agak banyak sedikit dan dijangkan berat akan meningkat untuk beberapa hari. Tak apa, masih boleh turunkan berat lepas ni. Badan agak bertenaga juga hari ni dan tak ada masalah pening.
Senaman
Tiada